Friday, February 18, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Bdr Sunway Semenyih Ahad 20/2/11

Di jemput semua penduduk beragama Islam Bandar Sunway Semenyih untuk bersama2 menghadiri Sambutan Maulidur Rasul pada hari Ahad 20/2/11. Sambutan dimulakan dengan perarakan sambil berselawat dari Sekolah KAFA pada pukul 8 pagi ke Surau Raudatul Jannah. Diikuti dengan Ceramah Maulidur Rasul di perkarangan Surau. Makan pagi dan tengahari disediakan.

Harap dapat hadir untuk bersama-sama memeriahkan Majlis. InsyaAllah.

Thursday, October 7, 2010

Majlis Qurban Hari Raya Haji

Adalah dimaklumkan, Surau akan mengadakan majlis Qurban untuk Hari Raya Aidil Adha. Telah diputuskan hanya 4 ekor lembu akan di qurban kan. Satu bahagian RM400 (termasuk upah process). Jadi tempat adalah terhad. Untuk booking sila hubungi Ust Rofaizal 016-6175976.

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin pada semua ahli Qariah Surau Raudatul Jannah. Semoga selamat perjalanan puland dan balik dihari Raya ini.

Monday, August 16, 2010

Majlis Berbuka & Qiamulaiil

Assalamualaikum,
Kepada semua muslimin dan muslimah di jemput ke Majlis Berbuka dan Qiamulaiil di surau kita.
Tarikh : 21.08.10 (Sabtu)

Acara :
- Berbuka secara bersama
- Solat Magrib berjemaah
- Makan Malam
- Tazkirah Ramadhan
- Solat Isyak Berjemaah
- Solat Sunat Terawih
- Qiamulaiil (3pg, 22.08.10)
- Bersahur bersama
- Solat Subuh berjemaah
- Kuliah Subuh

Di dalam majlis ini juga kita juga menjemput 30 orang anak aceh (mangsa tsunami). Diharap semua muslimin dan muslimah datang beramai-ramai. Makanan juga disediakan oleh surau. Tetapi bagi yg ingin menyumbangkan makanan boleh juga berbuat demikian.

Wednesday, July 21, 2010

Majlis Ceramah Awal Ramadhan Pada 31 July 2010

Di jemput semua ahli Khariah Surau Raudatul Jannah Bandar Sunway Semenyih ke Majlis Ceramah awal ramadan yg akan diadakan pada 31hb July 2010, hari Sabtu Selepas Waktu Maghrib. Jemaah dijemputg kesurau untuk bersama-sama solat Maghrib berjemaah sebelum ceramah diadakan.

Monday, June 28, 2010

Caramah Ust Jafaruddin Malam ni (28 Jun 2010) Lepas Maghrib

Di jemput semua ahli Qariah hadir menimbal ilmu untuk keberkatan bersama